Thursday, April 10, 2008

Marriage Life!

Jumaat sudah, yg pasti esok aku boleh menghabiskan masa berdua di rumah, yg tersayang pula sibuk dengan 'on job training & courses' yg mungkin akan habis Mei depan, lalu hujung minggu saja yg ada untuk berdua dgn yg tersayang. Pertengahan minggu, aku teringat akan kawan sekolej yg kini jauh menunaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa di Malaysia Timur, merentasi Laut China Selatan. S namanya. Terus saja diri ini mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor S. Salam diucapkan dan perkhabaran tentang dirinya diajukan. Selamat sejahtera katanya. Ketemu dirinya pada majlis perkahwinan ku yg lepas, ya, sudah masuk bulan keempat aku menjawat jawatan isteri kepada Mr. Z =)..Life is great, ALHAMDULILLAH..ku panjatkan kesyukuran padaNYA kerana cinta kami mekar mewangi hingga ke tika ini =)

S bertanya mengenai kehidupan ku sebagai orang kanan suami,hehe.Pantas aku menyuruhnya agar 'tie the knot' cepat2..tapi S segera memintas kata2 ku, katanya 'Pencarian teruna idaman belum berhasil wahai sahabatku'..aku cuba untuk tidak menyemarakkan benih2 kesedihan, tapi S kudengar seperti tidak putus asa, hatta bersedih sekalipun kerana masih mencari. She's happy, always happy, kerana katanya 'Jodoh pertemuan di tangan DIA, DIA yg berhak di atas segalanya'..aku mengiyakan kata2 S. Benar, semuanya di atas kehendaknya. Kata S lagi, 'tidak mengapa aku lambat bertemu putera idaman, kerana perkahwinan bukan untuk seminggu dua, tapi for the rest of our life'..aku setuju dgn S, to live with someone who hv totally different background under one roof is not easy. Perlu diskusi yg hebat mengenai apa jua perkara, walaupun untuk perkara2 yg remeh temeh. Aku masih ingat aku berdiskusi dengan suami mengenai 'our furniture arrangement' hatta mengenai 'carpet' di ruang tamu ku..hehe..what a small thing to discuss about kn?..tapi S begitu berharap agar ketemu dengan sang teruna idaman, katanya sudah tidak tahan dengan pertanyaan dr org2 yg tidak faham bahasa, katanya..hehe..sabar S, setiap yang terjadi ada hikmahNYA.Sekurang-kurangnya S masih ada masa untuk window shopping sorang, dan boleh buat apa saja yg S mau buat..

S mengiyakan, dia kini sudah 'absorb' segala soalan2 yg cepu emas tiap kali balik ke rumah bondanya. Dan, aku menunggu masa S untuk bercerita denganku bila agaknya org2 sekeliling tidak lagi bertanya soalan2 begitu, biar diaorang penat S..hehe..

S dan aku teringat kisah kami di universiti dulu, S mengingatkan aku yang suka terjah kebiliknya (bilik S menghadap bahagian depan kolej, di mana kami boleh melihat 'couple' bercinta, di mana sang teruna dtg mengambil sang dara untuk keluar berhibur)' ..pernah aku berkata2 kepada S..'alangkah bahagia kalau ada teman lelaki semasa di universiti,hehe'..tapi kami punya satu prinsip yang sama, untuk belajar dahulu, genggam segulung ijazah, biarlah cinta datang kemudian..dan kami berjaya (membawa pulang ijazah itu, walaupun S graduasi dulu, kerana program ijazahku 5 tahun), walaupun berlainan ijazah, tp kami punya satu prinsip yg sama. Kami tetap tidak mahu bercinta dulu, kerana bercinta selepas habis belajar dan menempuh alam pekerjaan, lebih manis rasanya dr bercinta semasa belajar, kerana S kata' bercinta time keja poket lebih tebal, boleh berdating di tempat mahal2, usah sekadar di warung mamak' hehe..aku setuju dgn S..

Dan kini, setelah kami menempuh hidup masing2, S di negeri terbesar di Malaysia, dan aku di ibukota Malaysia, kami masih berhubung di talian, 'our friendship will lasts forever'..S masih dengan pencarian cinta sejatinya..jangan putus asa dan sentiasa berdoa kepadaNYA agar ketemu dgn cinta sejatimu dan aku tetap di sini, menganyam cinta dengan suami tersayang..

Kepada S, 'goodluck' aku ucapkan..Semoga kita sama2 dibawah cintaNYA, rahmatNYA dan keredhaanNYA..AMIN

~S, kita ketemu lagi ya, nantikan kunjunganku di bumi Kenyalang!!!

No comments: